Tuesday, 2 August 2016

Peranan Malaysia Dalam OIC


PERANAN MALAYSIA SEBAGAI SALAH SATU AHLI  ANGGOTA OIC


             NAMA;                                                                                                    NO. MATRIK:
1) Muhammad Ammar Sollehin Bin Irazal Vijaya Kasuma          02DTK16F1127
2) Rozila Binti Sulaiman                                                                               02DTK16F1039
3) Zulhaikal Bin Zuriat                                                                                  02DTK16F1050
4) Syamil Bakri Bin Ibrahim                                                                       02DTK16F1121
5) Syukrina Nazifa Binti Sukeri                                                                 02DTK16F1027


  TAJUK: Huraikan Peranan Malaysia Sebagai Salah Satu Anggota Pertubuhan OIC
  KURSUS: DUB1012 (PENGAJIAN MALAYSIA)
  SESI: JUN 2016
  NAMA PENSYARAH: PN. Razana Mohd Kasim 
  JABATAN: KEJURUTERAAN ELEKTRIK ELEKTRONIK (KOMPUTER) (DTK1C)



  Pertubuhan Kerjasama Islam atau OIC (منظمة المؤتمر الإسلامي; Organisation of Islamic Cooperation) ialah satu pertubuhan antarabangsa di kalangan negara-negara Islam yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah dan utara Afrika, Caucasus, Asia Tenggara,Asia Tengah,Balkan dan Asia Selatan. Negara-negara ini telah membuat keputusan untuk mengumpulkan sumber mereka bersama-sama bergabung bersatu tenaga dan suara untuk melindungi kepentingan dan memastikan kemajuan dan kebajikan umat Islam di seluruh dunia.
Bahasa rasmi organisasi berkenaan adalah Bahasa Arab,Inggeris dan Perancis Pada 28 Jun 2011, ia menukar namanya daripada Pertubuhan Persidangan Islam (Arab: منظمة المؤتمر الإسلامي) kepada Pertubuhan Kerjasama Islam.



Sejarah dan matlamat

Matlamat utama OIC adalah "untuk menggalakkan keeratan antara ahli negara-negara Islam; bagi menyelaras kerjasama antara negara ahli dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik, dan bidang-bidang lain; bagi berusaha untuk menghapuskan perbezaan rasial dan diskriminasi dan menentang kolonial dalam semua bentuk; dan, untuk menyokong semua Muslim dalam usaha mereka mempertahankan maruah, kebebasan dan hak negara, membina jambatan antara jurang perbezaan budaya dunia dll".
Organisasi ini ditubuhkan di Rabat,Mangribi pada 25 September 1969 dengan persidangan pertamanya berlangsung di Rabat pada 22 September hingga 25 September.
Persidangan yang kesepuluh diadakan pada 16 dan 17 Oktober 2003 di PICC, Putrajaya yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kini Malaysia adalah Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-HajPerdana Menteri Malaysia yang pertama pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama.
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) lahir pada 12 Rejab 1389 Hijrah apabila pemimpin dunia bersidang buat pertama kalinya di Rabat, Maghribi bagi membincangkan strategi ummah berikut pembakaran Masjidil Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang menjadi kiblat pertama umat Islam. Mesyuarat persediaan di Rabat pada 8 dan 9 September dihadiri tujuh negara termasuk Malaysia bersetuju mencadangkan kepada Ketua negara dan kerajaan Islam supaya mengadakan sidang kemuncak Islam di Rabat. Jemputan dihantar kepada 25 negara itu yang dianjur oleh Raja Hassan II Maghribi, dan Malaysia diwakili oleh perdana menteri masa itu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Sidang kemuncak berikutnya diadakan:-



  • Lahore, Pakistan (1972)
  • Makkah/Taif, Arab Saudi (1981)
  • Casablanca, Maghribi (1984)
  • Dakar, Senegal (1991)
  • Casablanca, Maghribi (1994)
  • Teheran, Iran (1997)
  • Doha, Qatar (2000)
  • Putrajaya, Malaysia (2003)


                         Huraikan peranan malaysia sebagai salah satu anggota pertubuhan OIC

            Satu-satunya forum khusus untuk negara-negara islam bagi mewujudkan perpaduan sesama ummah,khususnya mengenai konflik israel-palestin.OIC Ditubuhkan pada tahun 1971 atas cadangan Malaysia. Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama .Pejabat OIC terletak di Jeddah,Arab Saudi.
                       Malaysia berpendapat bahawa hubungan dengan negara-negara islam sangat mustahak.Pertubuhan ini bertujuan mewujudkan kerjasama antara semua negara islam dalam pelbagai bidang seperti sosial,ekonomi,sains dan teknologi,pertukaran maklumat kewangan dan sebagainya untuk meninggikan syiar islam.
                    OIC juga berperanan membendung segala unsur jahat yang menindas umat islam di seluruh dunia.OIC juga akan menjadi rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan mengenai hukum-hakam yang dihadapi oleh umat islam sejagat. 
                       Malaysia memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan OIC seperti penubuhan Bank Perjuangan Islam (IOB) atau menangani masalah yang dihadapi oleh negara-negara islam Antarabangsa adalah untuk mengkritik campur tangan Rusia di Afghanistan,menyokong perjuangan rakyat Palestin,mengutuk dasar penghapuskan etnik islam di Bosnia Herzegorina dan membangunkan ekonomi serta sosial negara Afrika dengan membina infrastruktur ekonomi dan pembangunan.Malaysia juga telah membuat pelaburan di beberapa buah negara OIC,seperti petronas di Iran. Bagi mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara negara islam,Malaysia telah mengajurkan musabaqah al-quran pada tiap-tiap tahun.
                          Malaysia memberikan bantuan kewangan dan kemanusian kepada mangsa gempa bumi di Turki dan mangsa peperangan di Palestin.Malaysia juga telah menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan dan mesyuarat yang penting.OIC mendapat faedah berupa pinjaman daripada bank pembangunan islam bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.OIC telah memberikan bantuan kepada malaysia untuk menubuhkan UIAM.Malaysia mendapat pinjaman daripada bank pembangunan islam di bawah naungan OIC.Malaysia menerima pengiktirafan Tungku Abdul Rahman sebagai Setiausaha agung OIC.Malaysia telah  menjadi  tuan rumah menganjurkan Persidangan OIC di Putra Jaya pada tahun 2013.








Kesimpulan

Peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam menyumbang kestabilan politik adalah Pertubuhan Negara-negara Islam(OIC) ternyata memberi harapan agar suasana politik negara terjamin. Unsur dan peranan yang diusul oleh Malaysia melalui Dasar Luar Malaysia. Malaysia telah menarik perhatian melalui pertemuan dan perjumpaan anggota OIC agar politik Malaysia stabil. Peranan Dasar Luar juga memainkan peranan dalam perkembangan sosial,ekonomi dan politik. Sesungguhnya dasar luar mencerminkan rangka kerja yang diolah untuk menjadi panduan kepada pemerintahan Malaysia.
                                                     
                                                                 Rujukan
Ø  http://ms.wikipedia.org/wiki/pertubuhan kerjasamaislam
Ø  Ramlah bt Adam,Abdul Hakim b. Samuri,Shakila Parween bt Yacob,Muslimin b Fadzil, buku teks sejarah tingkatan5, 2002.
Ø  Mardiana Nordin, Hasnah Hussein, pengajian Malaysia,OXFORD FAJAR SDN.BHD
Ø  Keratan Akhbar Harian Metro.
Ø  rujukan Buku daripada Perpustakaan


                                                                LAMPIRAN
Tun DR. Mahathir Bersama Pemimpin Qatar Pada Persidangan OIC  pada tahun 2000


Negara-Negara yang terlibat Dalam OIC
Persidangan OIC di Tehran 2014




Perdana Menteri Najib Razak Bersama Permimpin Turkey  Tayyip Erdogan
Keratan Akhbar Tentang Persidangan Khas OIC di Malaysia


L